Khazanah Tinjau Calon Berpotensi Untuk Jadi CEO Baharu MAS

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 9:37 PM

Tan Sri Azman Mokhtar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd kini meninjau calon-calon berpotensi dari industri penerbangan global dan juga tempatan untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Malaysia Airlines yang distruktur semula, kata Pengarah Urusan Khazanah Nasional Tan Sri Azman Mokhtar. 

CEO baharu itu, yang bakal menggantikan Ahmad Jauhari Yahya, akan diumumkan akhir tahun ini. 

Ahmad Jauhari, yang kontrak tiga tahunnya dijadual tamat bulan depan, akan terus menerajui entiti sedia ada MAS sehingga 1 Julai 2015 bagi melicinkan peralihan daripada entiti lama kepada entiti baharu MAS yang disusun semula. 

"Kami sedang meninjau rakyat Malaysia, yang mungkin atau mungkin bukan rakyat Malaysia dan eksekutif industri penerbangan global. 

"Minat orang untuk berkhidmat MAS tidak berkurangan," katanya pada taklimat media mengenai 12 perkara Pelan Pemulihan MAS di sini Jumaat. 

Beliau tidak menolak kemungkinan melantik seseorang yang bukan berlatar belakangkan industri penerbangan. 

Di bawah pelan 12 perkara itu, sebuah syarikat baharu akan ditubuhkan pada Julai 2015 untuk menempatkan MAS baharu, penghijrahan tenaga kerja yang bersesuaian dan amalan kerja dan kontrak yang betul ke dalam syarikat baharu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan