BritishIndia Tampil Lebih Berani

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 10:12 AM

Britishindia turut menyokong kempen kesederhanaan yang dilancarkan akhbar The Star.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jenama pakaian Britishindia turut menyokong kempen kesederhanaan yang dilancarkan The Star dengan paparan visual unik di ruang pameran butik berkenaan.

Gambar individu yang terlibat dalam kempen kesederhaaan The Star yang juga kolumnis serta penyumbang akhbar ini seperti Datin Paduka Marina Mahathir, Zainah Anwar dan Azmi Sharom diletakkan sebagai imej latar belakang ruang pameran.

Boneka model kanak-kanak juga diletakkan bersama-sama di ruang pameran bercermin itu sebagai terjemahan kepada masa depan Malaysia tanpa membezakan antara bangsa dan agama.

BritishIndia memulakan inisiatif kempen kesederhaan ini di butik-butik utama mereka seperti di Pavilion dan KLCC bagi meningkatkan kesedaran orang ramai.

"Kami di BritishIndia dengan bangganya menyokong hak kebebasan kami - kebebasan untuk berkongsi pandangan dan mempertahankan hak sebagai rakyat," kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BritishIndia, Pat Liew.

Beliau berkata kempen kesederhaan The Star membantu mewujudkan kesedaran yang lebih tinggi di Malaysia tentang kepentingan mengiktiraf dan mempertahankan hak setiap warganegaranya.

"Kita perlu digalakkan untuk menyatakan kebenaran serta mengetahui hak kami yang diberikan sebagai warganegara," kata Liew.

The Star baru-baru ini melancarkan kempen untuk mengingatkan pembaca bahawa akhbar itu sentiasa terbuka dan berani menyatakan pandangan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan