Hanya 800 Syarikat Kawalan Keselamatan Dibenar Beroperasi - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 5:49 PM

Ahmad Zahid (kanan) menyampaikan sijil dan cenderahati kepada Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Shaheen Mirza Habib pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menetapkan hanya 800 syarikat kawalan keselamatan sahaja dibenarkan beroperasi di seluruh negara berkuat kuasa, Jumaat.


Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penetapan itu dibuat bagi mengehadkan bilangan syarikat kawalan keselamatan itu selain mengelak persaingan tidak sihat.

"Jika ada syarikat dibatal lesennya, barulah ada kelulusan kepada permohonan baharu untuk syarikat kawalan (keselamatan).

"Lesen baharu yang dikeluarkan hanya menggantikan lesen lama yang dibatalkan dan penetapan (kuota 800) ini akan berjalan selama lima tahun," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Jumaat.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata KDN menahan 693 pengawal keselamatan warga asing haram dan membatalkan lesen sembilan syarikat kawalan keselamatan setakat hari ini atas kesalahan melanggar Akta Agensi Persendirian 1971.

Sebanyak 33 syarikat kawalan keselamatan juga telah menerima surat amaran daripada KDN atas kesalahan yang sama.

"Mana-mana syarikat kawalan keselamatan yang masih menggaji pengawal keselamatan warga asing haram diminta menghentikan perbuatan ini dengan serta merta atau berhadapan dengan tindakan pembatalan lesen oleh KDN," katanya.

Beliau berkata, bagi mengelak syarikat kawalan keselamatan melengah-lengahkan permohonan pembaharuan lesen setiap tahun, KDN juga menetapkan tarikh tutup proses pembaharuan lesen kawalan keselamatan bagi 2015 pada 31 Disember ini.


iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan