Jangan Terjebak Permainan Isu Untuk Pecah Belah Perpaduan - Najib

Diterbitkan: Khamis, 28 Ogos 2014 7:34 PM

Najib Razak

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat supaya tidak terjebak dengan permainan pihak tertentu yang menjadikan isu membandingkan penghormatan terhadap mangsa tragedi pesawat MH17 dengan mangsa insiden pencerobohan di Lahad Datu untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Perdana Menteri menegaskan bahawa, sekalipun negara memberikan penghormatan kepada mangsa tragedi pesawat MH17, kerajaan tetap menyanjung jasa polis dan tentera yang terkorban dalam insiden Lahad Datu itu.

"Ada sahaja orang nak memecahbelahkan kita. Dalam peristiwa Lahad Datu orang yang sama yang kata ini kononnya sandiwara, tapi bila berlaku MH17 bila kita beri penghormatan teristimewa, dia kata kenapa tak bagi penghormatan yang sama kepada para anggota tersebut walhal pada awalnya dia kata itu sandiwara," katanya.

"Dalam peristiwa Lahad Datu, kita telah beri bantuan lebih daripada biasa... jangan jadikan itu isu...ini adalah soal kita bersama," kata Najib ketika berucap pada Majlis Perdana Ulama-Umara dan Anugerah Masjid Malaysia 2014 di sini, Khamis.

Najib berkata, beliau telah melakukan sehabis baik berhubung insiden MH17 dengan melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan iaitu berhubung dengan ketua pemberontak.

"Jadi dasar luar kita ini, kuasa besar pun kita berhubungan, negara sedang membangun pun kita ada hubungan hatta kita perlu berunding dengan kumpulan pemberontak pun kita runding kerana kita percaya kepada kebaikan.

"Jika saya tak buat peranan ini mustahil kita akan dapat balik jenazah-jenazah ke pangkuan keluarga tersayang," kata perdana menteri.

Najib berkata, usaha itu dilakukan kerana ketika beliau berjumpa seorang demi seorang keluarga mangsa, hatinya sebak dan hiba lalu beliau berjanji akan lakukan apa sahaja untuk membawa mangsa nahas MH17 pulang.

"Jadi saya minta daripada kumpulan pemberontak tanpa menjanjikan apa-apa... saya tak bayar satu sen pun. Saya kata tolong dan dia kata akan tolong dan serahkan kotak hitam dan mayat hanya kepada pasukan Malaysia," katanya.

Beliau melihat tragedi pesawat MH17 dan MH370 jelas menunjukkan kebersamaan rakyat dalam menghadapi saat kesedihan negara dengan menolak segala perbezaan politik tanpa mengira agama dan bangsa.

"Insiden itu perlu dijadikan iktibar buat semua.

"Bila negara diuji dengan pelbagai dugaan, sebagai ketua kerajaan (saya minta) bantulah saya...untuk sama-sama membina masa depan umat Islam yang cemerlang," katanya.

Tags / Kata Kunci: MH17 , Lahad Datu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan