Kemuka Hanya Satu Nama, PKR & DAP Didakwa Beri 'Kata Dua' Kepada Sultan - Berita Semasa | mStar

Kemuka Hanya Satu Nama, PKR & DAP Didakwa Beri 'Kata Dua' Kepada Sultan

Diterbitkan: Khamis, 28 Ogos 2014 10:20 AM

DAP dan PKR bertegas hanya akan mengemukakan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Adalah 'biadab' apabila DAP dan PKR bertegas hanya akan mengemukakan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar walaupun Sultan Selangor menitahkan supaya lebih banyak nama dihantar.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak  berkata, dengan berbuat demikian, kedua-dua parti telah memberi kata dua terhadap Sultan.

"Walaupun mereka keberatan terhadap titah Sultan, mereka boleh memilih untuk meluahkan dengan cara yang lebih halus yang membolehkan mereka mendapat ruang untuk berunding dengan Sultan. 

"Sebaliknya mereka mencabar dan memberikan kata dua kepada Sultan, yang mana ia adalah biadap dan satu langkah politik yang kurang bijak yang hanya akan memburukkan lagi keadaan," kata Mustafa.

Beliau berkata terdapat banyak contoh di mana parti-parti politik perlu mendapatkan kerjasama Sultan bagi menyelesaikan isu-isu yang melibatkan pelantikan menteri besar.

Beliau berkata menteri besar yang pelantikannya berdepan isu dari segi mendapatkan perkenan Sultan termasuklah Menteri Besar Perak, Tan Sri Mohd Ghazali Jawi (1974), Negeri Sembilan - Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (1999), Pahang- Datuk Abdul Rahim Abu Bakar (1991), Perlis-Tan Sri Shahidan Kassim (2008) dan Terengganu-Idris Jusoh (2008).

"Semua kes ini menunjukkan bahawa anda perlu bertindak dengan kebijaksanaan politik kerana kita mempunyai sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa dan peranannya tidak boleh diabaikan," kata Mustafa.

Peguam Datuk Salehuddin Saidin berkata, Sultan Selangor mempunyai hak untuk meminta lebih daripada satu nama.

"Ia adalah dalam kuasa dan budi bicara Sultan untuk meminta lebih nama (dan melantik sesiapa di antara mereka) selagi Adun mendapat sokongan majoriti dalam badan perundangan," katanya.

Peguam Syahredzan Johan bagaimanapun percaya bahawa kuasa dan budi bicara Sultan untuk melantik menteri besar adalah terhad.

"Dalam keadaan di mana Sultan tidak pasti sama ada calon mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan, kuasa Diraja yang boleh menggunakan budi bicara boleh digunakan untuk menetapkan siapa yang diyakini. 

"Bagaimanapun, 30 akuan berkanun oleh wakil rakyat yang menyokong Dr Wan Azizah adalah mencukupi untuk membuktikan bahawa beliau adalah orang yang mendapat sokongan majoriti," katanya.

Syahredzan berkata secara teori, kebuntuan antara DAP, PKR dan istana boleh membawa kepada krisis perlembagaan jika tidak dapat diselesaikan.

"Walau bagaimanapun, lambat laun saya berfikir bahawa Sultan akan melakukan apa yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan, jadi saya tidak melihat ini bertukar menjadi krisis perlembagaan."

Profesor Undang-undang Universiti Malaya Gurdial Singh Nijar berkata tidak ada peruntukan dalam undang-undang negeri yang memerlukan pencalonan lebih daripada dua calon untuk jawatan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, Sultan boleh menggunakan budi bicara dan meminta lebih banyak nama diberikan.

Tags / Kata Kunci: PKR , DAP , kata dua
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan