Penggodam Tarik Keluar Permainan Tak Sensitif Tragedi MH17

Diterbitkan: Khamis, 28 Ogos 2014 7:08 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah permainan video di Internet yang langsung tidak mempedulikan nasib tragis mangsa MH17, telah ditarik keluar oleh seorang penggodam kerana mendapati ia keterlaluan.

Permainan yang bertajuk "Euro BUK Simulator 2014" itu memerlukan para pemain menembak jatuh pesawat komersial, termasuk satu pesawat yang mempunyai logo MAS, dan terdapat pelancar peluru di darat, kemudiannya mengumpulkan pasport milik mangsa bagi mendapatkan mata.

Laman 'hosting' bagi permainan itu kini menunjukkan satu mesej dalam bahasa Belanda yang ditinggalkan oleh penggodam dengan skrin kosong warna hitam dan berkata, "Terdapat batasan untuk kebebasan Internet. Kebebasan Internet adalah baik, tetapi perlu menghormati.

"Tidak menghormati mereka yang terlibat (dalam nahas), saya memutuskan untuk menutupnya," kata pesanan itu.

Permainan itu dikritik oleh website Belgium VKMag tiga hari lalu apabila ia menyindir tragedi yang mengorbankan 298 orang. Imej skrin bagi permainan itu turut disiarkan di laman web tersebut.

Wajah Presiden Rusia, Vladimir Putin terpampang pada logo permainan itu, dan VKMag percaya permainan itu dicipta oleh seorang warga Belgium berdasarkan Protokol Internet (IP) dan nama domain.

Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembak jatuh di Ukraine, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia pada 17 Julai lalu dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. 

Kesemua 298 orang dalam pesawat itu termausk 43 rakyat Malaysia terbunuh.

Tags / Kata Kunci: Euro BUK Simulator 2014 , MH17

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan