MH17: Istiadat Penghormatan 2 September Dijangka Libat 9 Jenazah

Diterbitkan: Khamis, 28 Ogos 2014 2:22 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 2 September dijangka melibatkan sembilan jenazah termasuk dua warga asing, kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

"Setakat ini, sembilan jenazah yang berkemungkinan besar akan tiba pada 2 September dan ia tertakluk kepada beberapa faktor. Ada faktor tertentu yang akan menyebabkan angka ini berubah.

"Kami percaya pada 1 September, kita dapat pastikan berapa," katanya pada sidang media selepas mempegerusikan mesyuarat jawatankuasa koordinasi istiadat penghormatan itu di Bangunan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di sini Khamis.

Beliau berkata persediaan sedang dilakukan bagi menerima sembilan mangsa tragedi itu termasuk lima jenazah dalam keranda dan empat abu dalam kendi dari Amsterdam, Belanda sebelum dikebumikan dan disemadikan.

Satu daripada sembilan jenazah itu ialah kanak-kanak, katanya.

Zulkifeli berkata dua warga asing itu merupakan suami kepada mangsa MH17 warga Malaysia setelah mendapat kelulusan daripada negara asal untuk mereka dikebumikan di Malaysia bersama isteri masing-masing.

Pada istiadat penghormatan berkenaan, dua warga asing itu, termasuk satu dalam kendi akan dilitupi dengan bendera negara asal mereka, katanya.

Zulkifeli berkata tiga pesawat iaitu dua EC725 dan sebuah Charlie 130 bakal digembleng untuk membawa empat jenazah ke Teluk Intan, Perak; Bukit Mertajam dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang manakala empat lagi akan dibawa menggunakan kenderaan jenazah ke sekitar Lembah Klang dan satu lagi ke Seremban.

Beliau berkata mesyuarat berkaitan penghormatan jenazah akan diadakan pada 1 Sept yang dipengerusikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan disertai menteri-menteri berkenaan di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Sehingga kini, 24 jenazah mangsa tragedi warga Malaysia telah dibawa pulang. Dua daripadanya tidak didedahkan identiti atas permintaan keluarga.

Kumpulan pertama 20 jenazah dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas pada 22 Ogos, diikuti satu keesokannya dan tiga lagi pada Ahad lepas. 

Pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines itu yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dipercayai ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lalu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Tags / Kata Kunci: MH17 , 2 September , jenazah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan