Pemenang MasterChef UK Selar Portal Australia Salah Guna Gambar Dalam Pesawat MAS

Diterbitkan: Khamis, 28 Ogos 2014 12:57 PM

Gambar diambil daripada akaun Twitter Coombes @WanPingCoombes

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemenang MasterChef UK 2014 Catherine Chin Wan Ping Coombes menyelar portal berita Australia yang telah menyalahgunakan gambar keluarganya yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Gambar tersebut, yang diambil bersama suami dan anak perempuannya telah digunakan untuk menggambarkan kekosongan tempat duduk penerbangan untuk laporan berita pada Jumaat lepas, bertajuk “Higher commissions, fewer passengers: The struggle to save Malaysia Airlines deepens”.

Dalam posting Instagram, Coombes menjelaskan bahawa gambar itu diambil sebelum penumpang lain menaiki pesawat MAS pada 18 Ogos.

"Terkejut melihat gambar ini di media! Bagi sesiapa yang pernah naik kapal terbang tahu, keluarga dan anak-anak akan naik terlebih dahulu, tempat duduk penerbangan itu tidak kosong, sebaliknya ia sebenarnya penuh," katanya melalui akaun @ping_coombes .

Beliau juga melahirkan kekecewaan apabila beliau yang pada dasarnya mahu menunjukkan rasa terima kasih kepada syarikat penerbangan nasional itu telah digunakan untuk menggambarkan syarikat penerbangan itu berada dalam keadaan yang negatif.

"Ia benar-benar menyedihkan apabila ucapan terima kasih kerana naik taraf yang telah ditawarkan digunakan untuk menyerang sebuah syarikat penerbangan yang sedang melalui masa yang sukar. Kita sepatutnya menawarkan sokongan," tulisnya.

'Posting' asal di Twitter beliau mengenai gambar itu ditulis berserta kapsyen "Terima kasih MAS, ia adalah satu kejutan yang luar biasa", merujuk kepada tempat duduk kelas perniagaan yang dinaik taraf oleh syarikat penerbangan itu.

Portal Australia telah memalitkan imej tidak baik MAS dalam laporannya dengan berkata syarikat penerbangan itu telah menggunakan rizab tunai untuk meneruskan perkhidmatannya.

Imej-imej dan mesej di Twitter dan Instagram pengguna menunjukkan kerusi kosong digunakan untuk membuktikan kenyataannya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan