Hanya Nama Khalid Seorang Dihantar Ke Istana Selepas PRU 2008 & 2013

Diterbitkan: Khamis, 28 Ogos 2014 8:05 AM

Tony Pua

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Nama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah satu-satunya nama yang dihantar ke istana bagi jawatan menteri besar Selangor selepas pilihan raya umum (PRU) 2008 dan 2013, kata Ketua DAP Selangor Tony Pua.

"Kami hanya mengemukakan satu nama sahaja dan pejabat Khalid merangka surat itu kepada Tuanku untuk kami," kata Pua kepada The Star Online.

Ahli parlimen DAP itu mengesahkan melalui mesej teks bahawa sebelum ini tidak pernah ada lebih daripada satu nama yang dihantar ke istana untuk dipertimbangkan.

Tambahnya, Pakatan Rakyat akan meneruskan "konvensyen sebelumnya" dengan hanya mengemukakan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada Rabu, Khalid memberitahu sidang akhbar bahawa terdapat nama-nama lain selain nama beliau yang telah dikemukakan kepada istana untuk jawatan menteri besar selepas PRU 2008 dan 2013.

PKR dan DAP enggan mematuhi perintah Sultan untuk mengemukakan nama-nama lain yang berpotensi untuk dicalonkan sebagai menggantikan Khalid.

Dalam satu kenyataan bersama pada Selasa, parti-parti itu berkata selaras dengan konvensyen yang lepas, mereka hanya akan mengemukakan nama Dr Wan Azizah untuk dipertimbangkan.
Tags / Kata Kunci: Tony Pua , PRU 2008 , PRU 2013

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan