12 Rumah RPT Buntong Rosak Akibat Tanah Mendap

Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 7:10 PM

Sebanyak 12 buah rumah mengalami keretakan dan rekahan akibat mendapan tanah di kawasan RPT Buntong di sini, Rabu.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sebanyak 12 buah rumah di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Buntong di sini mengalami kerosakan akibat tanah mendap semalam ekoran rumah itu dibina di atas kawasan bekas pelupusan sampah.


Rata-rata penduduk merasa bimbang kejadian lebih teruk mungkin berlaku terutama pada musim hujan tidak menentu sekarang.

Seorang penduduk A Sutharan, 74, yang tinggal di situ sejak 1994 berkata ketika kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu dia dan anggota keluarganya berada di dalam rumah.

"Tiga hari lepas berlaku hujan dan saya terdengar bunyi rekahan tanah. Anggota keluarga saya yang lain sudah berpindah ke rumah saudara kami," katanya yang bahagian dinding dan lantai dapur rumahnya mengalami kerosakan.

M Mogavalli, 36, berkata, dia berasa bimbang keselamatan keluarganya terutama tiga orang anaknya yang berumur lingkungan 5 hingga 9 tahun.

"Akibat mendapan tanah, siling di ruang tamu rumah saya turut merekah dan bahagian lantai pecah.

"Kami sudah membuat laporan dan kini menunggu tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Buntong, A Sivasubramaniam berkata, pihak bomba dan penyelamat mengesan sebuah rumah sudah tidak boleh didiami dan penghuninya dinasihatkan agar keluar dari rumah tersebut.

"Nasib baik tidak ada kehilangan nyawa. Saya minta kerajaan negeri pindahkan mereka ke lokasi yang lebih baik dan selamat untuk didiami atau menyediakan rumah kos rendah kepada mereka.

"Kebanyakan daripada mereka menggunakan wang EPF untuk membina rumah di sini dan golongan yang menetap di sini adalah dari golongan miskin. Jadi saya minta kerajaan negeri buat sesuatu sebelum kehilangan nyawa berlaku," katanya.


 

Tags / Kata Kunci: tanah mendap , Buntong

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan