Krisis Politik Selangor: Rakyat Harus Nilai Secara Rasional - PM

Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 8:26 AM

Najib Tun Razak beramah mesra bersama bakal jemaah haji dari Parlimen Selangor pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Negeri Selangor di Dengkil, malam Selasa. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

DENGKIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Selangor menilai secara rasional perkembangan politik di Selangor. 

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, 'nepotisme terbuka' sedang berlaku di negeri Selangor di mana wakil rakyat yang sihat disuruh meletak jawatan dan digantikan dengan isteri sendiri dan satu pilihan raya kecil diadakan dan selepas itu isteri sendiri dicalonkan untuk menjadi Menteri Besar. 

"Cuba bayangkan, kalau dalam BN kita angkat isteri menjadi Menteri Besar, kita akan dituduh nepotisme terbuka tetapi ini sedang berlaku di Selangor. 

"Ini terserah kepada rakyat Selangor cuba fikirkan apa yang baik dan patut lakukan berasaskan pertimbangan masuk akal dan rasional dan pertimbangan ini menyelamatkan negeri dan negara kita secara keseluruhan. 

"Pertimbangan bermotif sesuatu seperti ada udang 'galah' di sebalik batu akan merugikan rakyat," katanya pada Majlis Mesra Aidilfitri Umno Peringkat Selangor yang dihadiri lebih 10,000 orang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) di sini malam Selasa.

Turut hadir Pengerusi Badan Penghubungan Umno Selangor dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar. 

Najib berkata, kerajaan pusat melahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersetuju menandatangani perjanjian mengenai Projek Loji Rawatan Air Langat 2 untuk dilaksanakan bagi menjamin bekalan air berterusan kepada rakyat negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Beliau berkata, walaupun perjanjian itu sepatutnya ditandatangani tiga tahun dulu tetapi politik telah mengatasi pertimbangan rasional Abdul Khalid.

"Menteri Besar Selangor sudah sedar bahawa keputusan kerajaan pusat sebelum ini adalah benar dan tepat, tanpa Langat 2 tiada jaminan bekalan air," katanya.

Sementara itu, Najib berkata tragedi MH17 ada hikmahnya apabila rakyat Malaysia di seluruh negara yang dilanda perasaan sedih dan pilu, disatukan, dengan bertafakur selama seminit, sebagai tanda penghormatan. 

"Kita bersatu dalam kesedihan. Inilah keadaan yang amat unik dan teristimewa apabila kita dapat lupakan persengketaan, perbezaan ideologi politik, tidak kira bangsa dan agama tetapi atas dasar kita rakyat Malaysia, kita kongsi kesedihan dan simpati.

"Ini menunjukkan dalam ujian tersebut, rakyat Malaysia boleh bersatu dan tiada rintangan yang tidak boleh ditempuhi," kata Najib.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , politik Selangor

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan