Najib tiba di Singapura, Lancar Agrobazar Pertama Malaysia Di Seberang Laut

Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 7:02 PM

Najib dan Hsien Loong gembira pada majlis perasmian pembukaan Agrobazaar Malaysia di Singapura (ABMS) Jalan Sultan Gate Singapura di sini, Rabu.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini untuk lawatan kerja sehari bagi merasmikan pembukaan outlet Agrobazar pertama Malaysia di seberang laut.


Najib yang diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada pukul 5.15 petang, Rabu.

Turut hadir menyambut beliau ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura Datuk Husni Zai Yaacob dan isteri Datin Norshiha Hasbullah.

Sebelum itu, Kementerian Luar Singapura (MFA) dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah dijemput oleh Najib untuk turut sama merasmikan pembukaan bazar itu pada sebelah petang.

MFA berkata, berikutan pelancaran Agrobazar itu, Lee dan isterinya, Najib serta Rosmah akan melawat Hab Sukan Singapura yang baru siap dan menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Lee.

Semasa Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura di Kuala Lumpur pada 7 April, 2014, Najib mengumumkan Agrobazar itu merupakan inisiatif Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

Agrobazaar itu terletak di Lots 37, 39, 41 dan 43 Sultan Gate dan akan mempromosikan pilihan buah-buahan segar dan produk berasaskan pertanian dari Malaysia.


Tags / Kata Kunci: Agrpbazar , Singapura

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan