Calon MB: DAP Tunggu Surat Sultan Selangor - Berita Semasa | mStar

Calon MB: DAP Tunggu Surat Sultan Selangor

Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 3:05 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: DAP akan menunggu surat dari Istana Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum membuat kenyataan berhubung calon menteri besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pendirian parti telah diumum sebelum ini tetapi dengan perkembangan terbaru berhubung krisis menteri besar Selangor itu, beliau akan menunggu surat dari Istana sebelum parti membuat perancangan seterusnya.

"Saya belum terima surat...oleh itu saya tidak mahu buat komen kerana tidak elok saya buat komen tanpa surat tuanku," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Pada Selasa, Sultan Sharafuddin menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Baginda turut menitahkan pemimpin Pakatan Rakyat - PAS, PKR dan DAP - supaya mencadangkan lebih daripada dua nama daripada setiap parti itu sebagai calon menteri besar Selangor bagi memudahkan baginda untuk menentukan calon yang berkelayakan, seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak sebagai menteri besar.

Pakatan Rakyat sebelum ini hanya mencadangkan satu nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid.


Tags / Kata Kunci: DAP , PKR
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan