Isu MB: Khalid Dakwa PKR, DAP Keluarkan Kenyataan Tidak Tepat

Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 2:23 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengeluarkan kenyataan media tidak tepat bahawa kedua-dua perti itu telah mengusulkan satu nama sebagai calon menteri besar negeri itu kepada Sultan Selangor pada 2008 dan 2013.

"Cerita itu tidak dilaporkan secara tepat. Bukan satu nama dikemukakan," katanya.

Beliau membuat pendedahan itu ketika diminta mengulas kenyataan bersama PKR dan DAP yang menyifatkan tindakan mengemukakan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai calon tunggal untuk menggantikan Khalid sejajar dengan konvensi yang diamalkan dalam pelantikan menteri besar sebelum ini.

Hal ini kerana jelas Khalid, terdapat lebih daripada satu nama dihantar oleh kedua-dua parti pada 2008 dan 2013 menerusi permohonon berasingan.

"Permohonan berasingan (mengenai calon menteri besar) dikemukakan oleh PKR dan DAP pada 2008 dan 2013," katanya.

Terdahulu, PKR dan DAP tetap bertegas akan mengemukakan nama Wan Azizah untuk dipertimbangkan Sultan Selangor walaupun Tuanku  menitahkan setiap parti dalam Pakatan Rakyat untuk mencadangkan tidak lebih dua nama calon menteri besar.

Ketika ditanya mengenai tindakan PKR dan DAP yang mengingkari titah Sultan Selangor, Khalid berkata, beliau enggan mengulas mengenainya.

"Saya tak boleh buat apa-apa kerana itu terpulang. Apa-apa keputusan mengenainya akan dibuat oleh pejabat Istana," katanya.

Sementara itu, Khalid berkata surat memaklumkan titah Sultan Selangor mengenai cadangan untuk menghantar lebih daripada dua nama bagi jawatan menteri besar sudah dihantar kepada ketiga-tiga parti pada Rabu.

"Saya dimaklumkan surat sudah dihantar hari ini Rabu. Saya harap Istana tak hantar salinan surat itu kepada saya," katanya dalam nada berseloroh.


Tags / Kata Kunci: Selangor , PKR , DAP

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan