TH Wujudkan Bahagian Integriti Pantau Salah Laku Urusan

Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 3:15 PM

Latifah Md Yatim

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mewujudkan Bahagian Integriti bagi memantau perlakuan kakitangan atau pihak luar yang berurusan dengan TH supaya tidak melanggar integriti dalam organisasi itu.

Ketua Pegawai Integriti TH, Datuk Latifah Md Yatim berkata, bahagian itu ditubuhkan secara rasmi pada Oktober tahun lepas dan mendapat kerjasama daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Ini menunjukkan TH sangat serius terhadap isu berkaitan salah laku, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berkemungkinan boleh berlaku dalam mana-mana konglomerat besar," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Program Bicara Integriti bersama pembida dan konsultan TH di sini, Rabu.

Majlis perasmian itu disempurnakan Ketua Pegawai Operasi TH, Adi Azuan Abdul Ghani yang mewakili Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail.

Latifah berkata, dengan penubuhan Bahagian Integriti berkenaan ia dapat membentuk persekitaran perniagaan yang adil dan telus kerana bebas daripada rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.

"Bahagian ini juga melakukan kerja membina, merancang dan melaksana program bagi meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran anggota mengenai integriti," katanya.

Mengenai bilangan dan status maklumat diperoleh sejak Bahagian Integriti dibentuk, Latifah berkata, setakat ini pihaknya hanya sekadar menerima maklumat secara umum sahaja tanpa bukti kukuh untuk menyokong maklumat berkenaan.

Bagaimanapun pihaknya tetap memandang serius setiap maklumat yang diterima itu dengan menyiasat secara terperinci dan sekiranya terdapat bukti kukuh tindakan tegas akan diambil terhadap pihak terlibat.

"Sekiranya ada maklumat yang kukuh kita akan buat laporan polis dan juga akan dipanjangkan ke SPRM bagi tindakan seterusnya," katanya.

Latifah berkata, TH mempunyai harapan untuk mencapai sifar kesalahan rasuah dalam operasi pentadbiran TH termasuk urusan di Bahagian Perolehan TH dan Pengurusan Haji TH.

Mengulas Program Bicara Integriti itu, beliau berkata, ia merupakan siri kedua anjuran TH bagi meningkatkan kesedaran berkaitan kesalahan rasuah dalam kalangan pihak yang berurusan di Bahagian Perolehan TH.

Latifah berkata, TH menjemput 570 syarikat pembida serta pembekal barangan dan perkhidmatan, konsultan, panel peguam serta penyewa bagi mengikuti program bicara itu.

"Kita sasarkan untuk panggil keseluruhan 1,300 syarikat pembida dan pembekal yang ada di Lembah Klang ini. Mungkin selepas ini kita akan anjur sesi seterusnya. Untuk siri pertama kita sudah jemput 450 syarikat," katanya.

Katanya, TH berhasrat untuk memperluaskan program berkenaan di Zon Utara dan Selatan serta Sabah dan Sarawak untuk menggalakkan penerapan dan pembudayaan integriti dalam organisasi TH.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan