Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 7:38 PM

Md Hashim Yahaya

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahaya meninggal dunia di Hospital Al-Islam, Kampung Baru di sini pada 1.50 petang Rabu setelah mengalami demam dan masalah paru-paru.


Allahyarham berusia 75 tahun.

"Allahyarham dibawa ke hospital itu pagi tadi selepas mengalami demam," kata anggota keluarganya yang enggan dikenali, ketika dihubungi Bernama di sini.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Aminah Zakaria dan tiga anak iaitu Profesor Dr Ashraf, Amani dan Zainab.

Jenazah allahyarham dibawa pulang ke rumahnya di Shah Alam untuk urusan pengebumian kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Allahyarham menjawat jawatan Mufti di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sejak Januari 1997 hingga Januari 2003.


 

Tags / Kata Kunci: Datuk Md Hashim Yahaya , bekas

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan