Sultan Selangor Perkenan Khalid Letak Jawatan Hingga Pelantikan MB Baharu

Diterbitkan: Selasa, 26 Ogos 2014 5:54 PM

Khalid menunjukkan surat dari istana pada sidang media selepas menghadap Sultan Selangor di Istana Alam Shah pada Selasa. Turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk meletak jawatan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa  sehingga pelantikan menteri besar yang baharu selesai.


Perkara itu dimaklumkan oleh Khalid pada sidang media khas di Bangunan SUK selepas menghadap Sultan Sharafuddin di Istana Alam Shah di Klang, petang Selasa.

"Saya telah menyembah maklum dinamik politik di negeri Selangor kian meningkat dan menimbulkan keresahan rakyat jelata.

"Demi kelangsungan kestabilan politik di negeri ini saya telah kemukakan kepada Tuanku hasrat untuk meletak jawatan sebagai menteri besar," katanya.

Khalid berkata, beliau enggan mencampur urusan pelantikan menteri besar yang baharu sebaliknya menyerahkan perkara tersebut kepada Sultan Sharafuddin untuk membuat keputusan.

"Saya menyerahkan kepada kebijaksanaan Tuanku untuk mencari penyelesaian terbaik sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemerintah, institusi diraja dan pentadbiran awam.

"Saya yakin Tuanku akan mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri dalam membuat keputusan ini dan saya akur dengan  pilihan yang diputuskan baginda," katanya.

Beliau turut berharap agar semua pihak mengelak dari membuat kenyataan atau kritikan yang menjurus kepada niat untuk memperkecilkan peranan mana-mana pihak yang terlibat terutamanya institusi beraja dan Raja-Raja Melayu.

"Biarpun kita menghormati prinsip demokrasi yang memberikan kebebasan bersuara namun adab, tatatertib dan hak Sultan Selangor di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor perlu dihormati demi kesejahteraan negeri," katanya.

Terdahulu, Khalid menghadap Sultan Selangor bagi menyelesaikan kemelut menteri besar di negeri itu selepas PAS sebulat suara menolak menyokong beliau untuk mengekalkan jawatannya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan