Pengelak Cukai Dihalang Keluar Negara

Diterbitkan: Selasa, 26 Ogos 2014 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kenneth Chin memasuki negara melalui KLIA2 dari Australia pada 15 Ogos lalu.

Ia merupakan perjalanan yang kerap dilakukannya dalam tempoh lima tahun lalu sehinggalah pasportnya dihalang ketika melalui sistem palang automatik.

Selepas melakukan pemeriksaan di kaunter, didapati dia kini telah disenaraihitamkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dia merupakan antara ribuan rakyat Malaysia yang perlu membayar cukai sebelum dibenarkan untuk ke luar negara.

LHDN kini giat memburu pengelak cukai. Malah mereka terhutang serendah RM200 juga akan dihalang daripada meninggalkan negara ini hutang itu dilangsaikan.

Tahun ini sahaja LHDN telah berjaya mengutip RM8.37 juta (RM8,378,871.48) daripada mereka yang telah merancang untuk meninggalkan negara.

LHDN turut bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi menguatkuasakan pengembara yang disenarai hitam.

"Sama ada meninggalkan Malaysia untuk bercuti, urusan perniagaan atau migrasi, perintah halang keluar negara akan terpakai kepada semua pesalah cukai," kata pengarah komunikasi korporat LHDN, Nor Azirah Mohd Said kepada The Star.

Kuasa untuk mengeluarkan suatu perintah pemberhentian, atau untuk menyenaraihitamkan individu yang ingkar membayar cukai daripada meninggalkan negara ini tertakluk di bawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53).

Undang-undang yang membolehkan LHDN menguatkuasakannya wujud sejak 1967 tetapi penguatkuasaan secara aktif hanya dilakukan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Nor Azirah memberi jaminan bahawa pesalah cukai tidak akan ditahan di pusat pemeriksaan imigresen tetapi jika pesalah itu mahu meneruskan perjalanannya, dia perlu membayar semua hutangnya terlebih dahulu.
Tags / Kata Kunci: LHDN , cukai

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan