Pemuda Umno Calonkan Ketua Pemuda Tumpat, Rosidi Mahmud

Diterbitkan: Selasa, 26 Ogos 2014 7:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno sepakat untuk mencadangkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Tumpat, Rosidi Mahmud Kamaruddin sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, sehubungan itu nama Rosidi telah dikemukakan dalam mesyuarat pengurusan parti Rabu lalu.

"Nama Rosidi telah disenarai pendek dan diserahkan kepada parti.

"Peluang untuk menang 50-50. Pecahan undi Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar menang dengan majoriti 1, 700 undi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Menara Datuk Onn pada Rabu.

Ditanya mengenai khabar angin bahawa Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali dicalonkan pada PRK Pengkalan Kubor, Khairy memberitahu, perkara tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat kerana presiden Perkasa itu tidak terdiri daripada ahli Umno.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya,  Noor Zahidi meninggal dunia akibat penyakit kanser di China pada 20 Ogos lalu.


Tags / Kata Kunci: Umno , Tumpat

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan