Larangan Keluar Negara Untuk Individu Sengaja Tidak Bayar Cukai

Diterbitkan: Selasa, 26 Ogos 2014 2:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong pada Isnin menyangkal laporan media tempatan bahawa pengelak cukai, walau serendah RM200, dihalang daripada ke luar negara.

Beliau menjelaskan larangan ke luar negara itu hanya kepada mereka yang sengaja mengabaikan tanggungjawab mereka.

"Ini sebahagian daripada proses Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendapatkan semula cukai. Jangan panik.

"Larangan hanya terpakai kepada mereka yang mempunyai tunggakan untuk tempoh yang lama. Mereka ini tidak tampil berbincang dengan LHDN berhubung skim pembayaran serta mengabaikan notis," katanya.

Chua berkata mereka yang disenarai hitam akan menerima notis sama yang dihantar kepada LHDN, polis dan imigresen.

Pengelak cukai yang ditahan oleh imigresen di lapangan terbang mesti menjelaskan semua cukai tertunggak jika mahu meneruskan perjalanan.

Chua berkata demikian kepada pemberita selepas Seminar Cukai Barang dan Perkhidmatan yang dianjur oleh firma perakaunan UHY, di sini.

Beliau berkata setakat ini, kira-kira 97,000 pembayar cukai gagal melunaskan cukai berjumlah RM2.88 bilion kepada LHDN.

Orang ramai boleh mengakses nama mereka yang disenarai hitam menerusi www.sspi2.imi.gov.my.


Tags / Kata Kunci: LHDN

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan