"Dia Orang Dah Tak Suka Saya"

Diterbitkan: Selasa, 26 Ogos 2014 6:10 PM

Abdul Khalid Ibrahim

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai menteri besar Selangor kerana merasakan dirinya sudah tidak diperlukan lagi.

"Dia orang dah tak suka saya dah," katanya dalam nada berseloroh.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) selepas pertemuan dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang petang Selasa.

Kenyataan tersebut turut diiringi gelak ketawa pemberita yang hadir pada sidang media itu.

Malah, Khalid turut enggan mencampuri urusan pemilihan calon menteri besar yang baharu dan akur dengan pilihan menteri besar yang akan diputuskan oleh baginda nanti.

"Saya ikhlas dan akur dengan keputusan kepada pilihan yang diputuskan baginda.

"Saya akan menjalankan tugas mentadbir negeri seperti biasa bersama empat ahli exco PAS sehingga pelantikan menteri besar yang baharu selesai," katanya.

Beliau turut mengakui tidak mahu dilantik semula sebagai menteri besar jika diberi kepercayaan untuk mengalas jawatan tersebut.

"Tidak (terima jawatan jika dilantik sebagai menteri besar). Saya amat gembira melepaskan jawatan ini," katanya.

Terdahulu, Khalid menghadap Sultan Selangor untuk menyembah maklum permohonan beliau untuk meletak jawatan.

Namun, Sultan Sharafuddin menangguhkan penerimaan peletakan jawatan beliau sehingga pelantikan menteri besar yang baharu ditentukan.


iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan