Krisis Selangor: Khalid Nafi Sultan Tolak Wan Azizah

Diterbitkan: Selasa, 26 Ogos 2014 7:52 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai penggantinya.


"Tidak ada. Tuanku hanya meminta tiap-tiap parti dari PAS, PKR dan DAP menghantar tidak lebih daripada dua nama untuk dipilih sebagai menteri besar baharu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Bangunan SUK di sini, selepas pertemuan dengan Sultan Selangor di Istana Alam Shah Klang, petang Selasa.

Jelas Khalid, ini bagi memudahkan Sultan Sharafuddin untuk menentukan calon yang berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan untuk melantik calon yang layak.

"Ini sejajar dengan konvensi yang diamalkan secara berterusan dalam pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini," katanya.

Khalid berkata, pejabat istana akan menulis surat kepada setiap pemimpin Pakatan Rakyat untuk memaklumkan mengenai permintaan sultan berhubung senarai calon menteri besar yang baharu.

"Surat akan dihantar kepada mereka untuk memaklumkan perkara ini dan tarikh akhir untuk menghantar senarai nama tersebut turut dinyatakan di dalam surat itu nanti," katanya.

Sementara itu, Khalid turut menegaskan  pertemuan tersebut juga tidak menyentuh mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Tidak ada keperluan untuk berbuat demikian. Setakat ini kita cuba selesaikan (kemelut ini)," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan