Empat Kakitangan Utama Projek MRT Letak Jawatan

Diterbitkan: Selasa, 26 Ogos 2014 9:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakan Kongsi Pelaksanaan Projek (RKPP) untuk Aliran Transit Massa Lembah Kelang bagi Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) telah mengumumkan peletakan jawatan empat kakitangan utama yang bekerja untuk projek berkenaan.

MMC-Gamuda Bhd, dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, Pengarah Projek RKPP (Laluan SBK), Ian Thomas telah memutuskan beliau tidak akan menyambung kontrak perkhidmatannya.

Selain itu, tiga pegawai kanan RKPP, iaitu Pengurus Projek, Ismail Hassan, Jurutera Residen Kanan Perunding Penyeliaan, AECOM, David Douglas, dan Jurutera Residen Perunding Penyeliaan, AECOM, Norrizan Ismail, juga telah meletak jawatan. 

Peletakan jawatan mereka disampaikan kepada pemilik projek, MRT Corp, dalam sepucuk surat bertarikh 22 Ogos lepas.

Surat itu menyatakan satu cadangan pengganti untuk jawatan pengarah projek akan dikemukakan dalam masa terdekat, kata kenyataan berkenaan.

Tags / Kata Kunci: MRT Corp , letak jawatan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan