Azmin Calon MB: Cara PAS Pusat Tepat

Diterbitkan: Selasa, 26 Ogos 2014 7:01 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keputusan PAS Pusat sebelum ini yang menamakan dua calon, selain Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti menteri besar Selangor adalah tepat.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, parti itu akur dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua nama calon menteri besar yang baharu.

"Pandangan tuan guru Presiden PAS adalah sangat konsisten dengan titah tuanku sultan dan kita yakin rakyat di negeri Selangor juga menyambut baik titah tuanku itu.

"Sejajar dengan itu, PAS Selangor yakin cadangan calon menteri besar yang akan diserahkan oleh setiap parti politik adalah yang dapat diterima oleh istana kelak," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Terdahulu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor bagi memohon perkenan baginda untuk beliau meletak jawatan sebagai menteri besar.

Bagaimanapun baginda menitahkan untuk menangguhkan permohonan perletakan jawatan Khalid sehingga proses mencari calon penggantinya selesai.

Pada 17 Ogos lalu mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon kedua menteri besar Selangor, selain Dr Wan Azizah.

Bagaimanapun mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat pada hari yang sama tetap memutuskan supaya hanya satu nama iaitu Dr Wan Azizah dikemukakan kepada istana Selangor untuk dipertimbangkan.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan