Azhar Kekal CEO MRT Corp Hingga Siasatan Runtuhan Selesai

Diterbitkan: Selasa, 26 Ogos 2014 9:47 PM

Azhar Abdul Hamid.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lembaga Pengarah Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) berkata hanya akan mempertimbangkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Datuk Azhar Abdul Hamid sebaik sahaja siasatan terhadap insiden runtuhan di tapak MRT Kota Damansara selesai dan didedahkan kepada umum.

Menurut lembaga pengarah MRT Corp, Azhar akan terus menerajui syarikat tersebut kerana projek MRT di Lembah Klang menunjukkan prestasi memberangsangkan dibawah pemantauannya.

"Pihak lembaga pengarah telah menilai prestasi beliau (Azhar) sejak beliau dilantik pada September 2011.

"Pihak lembaga pengarah mendapati MRT Corp berada pada landasan yang tepat seperti yang dibuktikan dalam projek MRT Lembah Klang, mencapai kemajuan yang baik dengan mencapai tahap 50% siap, lebih awal daripada dijadualkan. 

"Pihak lembaga pengarah juga mendapati pengurusan kewangan projek membanggakan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa selepas satu mesyuarat membincangkan mengenai perkara itu.

Lembaga pengarah syarikat itu juga berjanji untuk menjalankan siasatan menyeluruh terhadap insiden runtuhan tersebut seperti yang diarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Siasatan akan membantu dalam menentukan pihak yang bertanggungjawab dalam insiden itu. Tindakan sewajarnya akan dikenakan mengikut undang-undang sebaik sahaja pihak bertanggungjawab dikenal pasti," menurut kenyataan itu.

Tiga pekerja warga Bangladesh maut tertimbus apabila blok konkrit di tapak projek MRT Kota Damansara runtuh, malam Isnin lalu.

Azhar menghantar surat peletakan jawatannya pada Selasa, sehari selepas insiden runtuhan itu.

Punca insiden runtuhan itu sedang disiasat dan dijangka akan selesai pada bulan depan.

Mesyuarat lembaga pengarah itu dipengerusikan oleh Pengerusi MRT Corp, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan dihadiri oleh ahli-ahlinya, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff, Datuk Seri Shahril Mokhtar, Datuk Che Mokhtar Che Ali dan Azhar.

Tags / Kata Kunci: MRT Corp , Azhar Abdul Hamid

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan