Berjuang Tanpa Mengira Kaum - Rasammah Bhupalan

Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 4:22 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penglibatan Datuk Rasammah Bhupalan dalam memperjuangkan semangat kemerdekaan mula berputik apabila beliau menyertai rejimen Jhansi Rani, sebuah sayap wanita dalam pergerakan menentang British oleh tentera Nasionalis India di bawah kepimpinan Netaji Subash Chandra Bose semasa Perang Dunia Kedua di Myanmar.

Semangat berkobar-kobar untuk menikmati kebebasan itu sentiasa membara sehingga era untuk memerdekakan Tanah Melayu dari British pada awal 1950-an.

Beliau yang dilahirkan pada 1 Mei 1927 di Ipoh, Perak, tidak menyertai mana-mana pertubuhan politik atau persatuan sebelum merdeka, namun peranannya ketika itu membangkitkan semangat perjuangan antara kaum.

Pun begitu, Rasammah memulakan fasa perjuangannya apabila menjadi guru pada 1955 di Methodist Girl School, Pulau Pinang.

Pengaruhnya dalam pendidikan memudahkan gerakan untuk memupuk semangat menuntut kemerdekaan semua kaum termasuk Melayu, Cina dan India.

''Semua hak adalah sama. Kebebasan tidak seharusnya bersifat perkauman kerana ia milik setiap rakyat,'' katanya yang merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik.

Bagaimanapun katanya, tidak ramai berbicara mengenai kebebasan sewaktu zaman pemerintahan penjajah kerana takut jadi buruan lebih-lebih lagi di zaman penaklukan Jepun.

Namun sebahagiannya mula merasai betapa penting kebebasan itu sehingga menjadi topik perbualan utama pada pra-kemerdekaan sekitar tahun 1949.

Perjuangan itu diteruskan sehingga kini kerana baginya, beliau tidak mahu pengorbanan dan jasa Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman ditelan arus pemodenan.

''Semangat 1Malaysia itu sudah dapat dilihat dari zaman Tunku lagi dan saya percaya persefahaman dan menghormati adalah kekuatan sebenar dalam perpaduan.

''Justeru, pemerintahan hari ini perlu mempunyai perundangan lebih kukuh, amalan demokrasi lebih adil, kejujuran lebih telus dan kebebasan bersuara lebih berani.

''Kejujuran mengatasi segalanya dan kebenaran adalah suatu kebebasan tidak kira mana-mana kaum, pemerintah dan zaman apa sekalipun, itulah kuncinya,'' ujarnya lagi.

Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Guru Kaum Wanita dan berjuang untuk memberi hak sama rata terutama kadar upah kepada kaum wanita.

Antara penglibatan lain adalah dalam Persatuan Mencegah Dadah Kebangsaan (Pemadam) dan Pertubuhan Majlis Kebangsaan Wanita (NCWO).


Tags / Kata Kunci: Merdeka , Rasammah Bhupalan

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan