Proses Damai Thailand Dapat Nafas Baharu, Malaysia Sebagai Fasilitator

Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 7:28 PM

Jeneral Prayuth Chan-ocha

(Ubah saiz teks)

PATTANI: Proses rundingan damai di selatan Thailand akan mendapat nafas baharu berikutan pembentukan kerajaan baharu di negara ini, dengan Malaysia akan meneruskan peranannya sebagai fasilitator dalam proses itu.

Timbalan Pengarah Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 5 Mejar Jeneral Nakrob Bunbuathong berkata Malaysia tetap diberi mandat menjadi fasilitator berdasarkan persetujuan yang ditandatangani pada 28 Februari 2013.

Namun, beliau tidak boleh memberi jaminan  proses rundingan damai itu dapat menghentikan keganasan yang berlaku di negara itu.

"Proses damai perlukan masa dan kami tidak boleh memberi jaminan keganasan akan tamat," kata pada Persidangan Antarabangsa Komunikasi, Konflik dan Proses Kedamaian (CCPP) anjuran Fakulti Sains Komunikasi, Universiti Songkla Nakarin.

Beliau merupakan wakil tentera dalam proses rundingan damai lepas.

Nakrob adalah antara orang penting yang merancang pelan damai itu untuk dikemukakan kepada kerajaan baharu di bawah pimpinan Jeneral Prayuth Chan-ocha.

Beliau berkata persediaan sedang diatur bagi menentukan bentuk dan cara perundingan perlu dijalankan untuk proses damai itu.

Delegasi ke perundingan itu pula akan ditetapkan selepas menerima pelantikan daripada Kerajaan Thailand yang baharu, katanya. 

Menurutnya pelan damai itu sudah jelas dan akan dijalankan dalam tiga peringkat, bermula dengan peringkat pertama iaitu membina kepercayaan antara satu sama lain.

Peringkat kedua ialah memeterai perjanjian damai manakala peringkat ketiga ialah melaksanakan apa yang terkandung di dalam perjanjian itu, katanya.

Kira-kira 600 peserta termasuk pengkaji, pensyarah, wakil organisasi antarabangsa dari  Norway , Australia , Kanada, Sweden, Jerman, SriLanka, Myanmar , Filipina, India, Indonesia dan Malaysia menghadiri persidangan itu.

Editor Kanan Deep South Watch, Muhammad Ayub Pathan berkata semua masyarakat di selatan Tahialnd mahu kerajaan baharu meneruskan dan menjayakan proses damai itu.

"Tidak ada jalan lain bagi menamatkan konflik itu kecuali proses rundingan damai bagi menyelesaikan pertelingkahan politik Thailand," katanya. 

Beliau berkata jika kerajaan baharu Thailand meminta Malaysia membantu, proses rundingan damai itu boleh dijalankan secepat mungkin. 

"Ini akan memberi manfaat kepada kerajaan dan juga rantau Asia,"katanya. 

Tags / Kata Kunci: Thailand , malaysia , rundingan damai , fasilitator

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan