Cuaca Buruk, Penerbangan AirAsia Dari KL-Alor Setar Dilencong Ke P.Pinang - Berita Semasa | mStar

Cuaca Buruk, Penerbangan AirAsia Dari KL-Alor Setar Dilencong Ke P.Pinang

Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 3:50 PM

(Ubah saiz teks)

BAYAN LEPAS: AirAsia mengesahkan bahawa penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kedah, pada Isnin telah dialihkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kerana cuaca buruk.

Wakil AirAsia Penang Kenneth Tan berkata lencongan itu disebabkan oleh jerebu, yang menjadikan ia berbahaya untuk pesawat terbang.

"Pesawat itu kemudian dialihkan ke Pulau Pinang pada pukul 8.30 pagi dan terbang semula pada pukul 9.40 pagi," katanya.

Pengurus Kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Ariff Jaffar juga mengesahkan lencongan telah dibuat.
Tags / Kata Kunci: AirAsia , lencongan , jerebu

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan