PAS Serah Sultan Selangor Tentukan Nasib MB

Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 1:40 PM

Datuk Mustafa Ali.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS nampaknya masih tidak dapat menyatakan pendirian tentang calon menteri besar Selangor yang disokong apabila sekali lagi menegaskan bahawa parti itu  menyerahkan keputusan berhubung pelantikan menteri besar Selangor yang baharu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setiausaha Agung parti Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan itu dibuat selepas ahli Jawatankuasa PAS pusat mengadakan mesyuarat kali kedua membincangkan perkara ini, Isnin.

"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bersetuju menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Sultan Selangor dalam menentukan (memilih individu bagi) jawatan menteri besar Selangor.

"Bila kita buat kenyataan terbuka seperti ini (bermaksud) kita serahkan kepada Tuanku dan Tuanku boleh memilih," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS Pusat, di sini.

Hadir sama naib presiden parti Sallehuddin Ayub dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Dalam sidang media itu, Mustafa juga menyifatkan dua nama calon yang dikemukakan dalam mesyuarat sebelum ini bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai 'tidak berbangkit'.

Dua calon tersebut ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali.

Mengenai surat sokongan berkanun secara hitam putih untuk ditandatangani Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor sebagai tanda sokongan terhadap Dr Wan Azizah, beliau berkata ia juga 'tidak berbangkit'.

"Dalam mesyuarat ada sebut, tapi sudah tidak berbangkit lagi.

"Kita tak sebut secara spesifik. Kenyataannya macam ini sahaja," jawabnya ringkas.

Dalam mesyuarat 17 Ogos lalu, PAS sebulat suara bersetuju mengangkat Dr Wan Azizah dan Azmin sebagai calon menteri besar.

Sementara itu Dr Wan Azizah dalam sidang medianya sebelum ini mengumumkan bahawa beliau mendapat sokongan 30 daripada 56 Adun Selangor termasuk dua dari PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Khalid pada Isnin mengesahkan akan menghadap Sultan Selangor berhubung kemelut jawatan menteri besar pada petang Selasa.

Tags / Kata Kunci: Selangor

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan