PAS Terbuka Bincang Kerusi Pengkalan Kubor Dengan PKR

Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 3:47 PM

Mustafa Ali

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS bersikap terbuka untuk membincangkan mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya tidak memilih parti yang bertanding kerana kemenangan Pakatan Rakyat merupakan kepentingan utama.

"Apa-apa tentang PRK, PKR perlu bincang dengan PAS.

"Biasanya dalam pilihan raya kita hanya mahu menang dan kemenangan menjadi salah satu faktor (dipertimbang)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Isnin.

Menurut Mustafa PAS sentiasa terbuka untuk berbincang mengenai perkara ini dengan PKR demi mencari kata sepakat.

Beliau yang sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa PAS tidak akan bertanding di Pengkalan Kubor berkata, parti itu tetap akan mengikut keputusan bersama yang telah dipersetujui sekutunya.

"Dalam kaedah biasa, parti yang bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan bertanding dalam PRK.

"Tapi tak semestinya terikat macam itu jika ada keputusan baharu dibuat berdasarkan faktor-faktor 'winability' (boleh menang)," katanya.

Pakatan Rakyat sebelum ini bersetuju meletakkan calon PKR di DUN Pengkalan Kubor sejak dua Pilihanraya Umum 2008, namun terdapat gesaan supaya PKR melepaskan kerusi kawasan itu dan menyerahkannya kepada PAS kerana parti itu gagal merampas semula kawasan tersebut sejak dua penggal lalu.

Tidak cukup dengan itu, bekas calon PKR DUN Pengkalan Kubor, Saharun Ibrahim pada Kongres Nasional PKR Sabtu lalu mendakwa partinya perlu memastikan tiada unsur sabotaj oleh rakan sekutu berlaku kali ini.

Hal ini kerana katanya, dia sendiri telah mengalami beberapa kesulitan pada PRU lalu angkara sabotaj rakan sekutu.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dijangka mengadakan mesyuarat khas bersama pimpinan PKR Kelantan bagi mendapatkan maklum balas mengenai situasi terkini di DUN Pengkalan Kubor, Isnin.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar (BN) meninggal dunia akibat kanser.

Noor Zahidi yang juga Ketua Umno Bahagian Tumpat mempertahankan kerusi DUN Pangkalan Kubor pada PRU-13 dengan majoriti 1,736 undi.

Noor Zahidi menewaskan dua lagi lawannya daripada PKR, Saharun Ibrahim yang mendapat 8,438 undi serta seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi.

Tags / Kata Kunci: PRK Pengkalan Kubor , Mustafa Ali , Azmin Ali

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan