Khalid Mahu Tinggalkan Legasi Penstrukturan Air

Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 1:21 PM

Abdul Khalid Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Isnin memberi bayangan bahawa beliau mahu meninggalkan legasinya dengan penstrukturan semula industri air di negeri itu.

Khalid berkata, mengenai kejayaan kerajaan negeri, beliau tidak boleh melupakan usaha dalam penstrukturan semula berkenaan di mana mencapai kata sepakat bersama Kerajaan Persekutuan.

“Saya amat berharap legasi yang saya tinggalkan adalah termasuk mengembalikan aset air kembali kepada rakyat,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Negeri Selangor di sini, Isnin.

Melalui memorandum persefaham (MoU) yang ditandatangani pada 26 Februari lalu, Kerajaan Selangor mengeluarkan kebenaran kepada Kerajaan Persekutuan untuk merancang pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2).

Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor pada 1 Ogos lalu menandatangani Perjanjian Dasar Induk berhubung penstrukturan semula industri bekalan air dan penyelesaian jangka panjang isu air di Selangor.

Perjanjian tersebut merupakan lanjutan kepada MoU yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 26 Februari lepas berkaitan pembinaan LRAL2. 

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan