Kuala Lumpur Diiktiraf Sebagai Bandar Raya Tenaga Dunia - Berita Semasa | mStar

Kuala Lumpur Diiktiraf Sebagai Bandar Raya Tenaga Dunia

Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 7:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur diiktiraf sebagai Bandar Raya Tenaga Dunia oleh World Energy Cities Partnership (WECP).

Pengiktirafan itu diberikan kepada Kuala Lumpur oleh WECP pada Mesyuarat Agung Tahunannya di Stavanger Sabtu lepas.

WECP, yang dibentuk pada 1995, merupakan sebuah organisasi bukan keuntungan bagi bandar raya tenaga utama dunia yang diiktiraf seluruh dunia sebagai ibukota tenaga antarabangsa.  

Presiden WECP dan Datuk Bandar Stavanger di Norway, Christine SagenHelgo berkata dalam satu kenyataan pada Isnin bahawa beliau melihat Kuala Lumpur sebagai bandar raya penting di Asia Pasifik yang menyumbang kepada ekonomi serantau dan dijangka memainkan peranan utama dalam pembangunan berterusan sektor tenaga. 

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib hadir di majlis itu bagi menerima pengiktirafan tersebut. 

Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif Malaysian Petroleum ResourcesCorporation (MPRC), Dr Shahreen Madros.

Ahmad Phesal berkata beliau berharap dapat mengukuhkan lagi sumbangan Kuala Lumpur kepada WECP.

"Ia adalah dengan tanggungjawab besar dan kebanggaan kita menerima perkongsian penting ini," katanya. 

Sementara itu, Shahreen berkata perkongsian tersebut membuka peluang bagi pembangunan bersama dalam pelbagai bahagian strategik termasuk minyak dan gas kerana ia merupakan teraju utama ekonomi Malaysia. 

"Sejajar dengan strategi kerajaan untuk mengekal, mengembang danmem pelbagaikan keupayaan tenaga kita, Kuala Lumpur sebagai bandar raya rakan kongsi boleh memanfaatkan rangkaian seluruh dunia sumber dan perkhidmatan sokongan industri WECP. 

"Ini merupakan satu daripada asas binaan bagi Malaysia dalam meletakkan dirinya sebagai hab minyak dan gas serantau," katanya. 

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan