MH17: Khidmat Kaunseling Terus Diberikan Kepada Keluarga Mangsa

Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 10:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memberikan khidmat kaunseling kepada waris dan keluarga 24 penumpang dan anak kapal mangsa tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH17, yang jenazah mereka telah dibawa pulang  ke tanah air pada Jumaat dan Ahad.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata mereka boleh menghubungi kaunselor yang disediakan kementerian pada bila-bila masa.

"Ketika ini, mereka (keluarga) mungkin masih sibuk dengan saudara mara datang melawat, tetapi selepas beberapa hari mereka mungkin akan sebak semula dan mereka boleh hubungi kaunselor kita.

"Mereka boleh luahkan perasaan atau apa-apa sahaja kemusykilan termasuk mengenai persekolahan anak-anak dan kewangan. Kami akan rujuk kepada kementerian dan agensi berkenaan jika perlu," katanya.

Beliau memberitahu demikian kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Dalam Radar terbitan Radio24 dengan topik 'Wanita Pendukung Aspirasi Negara' sempena Hari Wanita 2014 yang disambut pada Isnin, di Wisma Bernama.

Setakat semalam (Ahad), 24 mangsa  MH17 telah dibawa pulang ke Malaysia dengan dua daripadanya tidak didedahkan identiti atas permintaan keluarga.   

Dua puluh jenazah dibawa pulang dari Amsterdam pada 22 Ogos, satu jenazah pada Sabtu (23 Ogos) dan tiga lagi jenazah dibawa pulang pada Ahad. 

Rohani berkata kerajaan juga turut memberi kaunseling kepada waris dan keluarga penumpang dan anak kapal MH370.

"Saya dan kaunselor masih berhubung dengan waris penumpang dan anak kapal MH370 walaupun amat sukar untuk saya menjawab apabila diajukan soalan bila pesawat itu akan ditemui," katanya.

Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal,ditembak jatuh ketika di Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Sebanyak 43 individu termasuk 15 anak kapal MH17 merupakan rakyat Malaysia.

Pesawat MH370, yang dalam penerbangan ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal, pula hilang daripada radar sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac lalu.

Sebanyak 38 penumpang dan 12 anak kapal MH370 merupakan warga Malaysia.

Usaha pencarian MH370 membabitkan beberapa buah negara masih diteruskan. 

Tags / Kata Kunci: MH17 , kaunseling

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan