Uggah Minta MOPB Kurangkan Karenah Birokrasi

Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 8:38 PM

Douglas Uggah Embas

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas meminta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengurangkan karenah birokrasi dan turun padang bertemu pekebun serta pengusaha kilang sawit.

"Turun padanglah untuk kenal pasti penanam dan pekebun kecil serta keluarkan lesen kepada mereka untuk mengumpul dan menjual buah tandan segar(BTS)," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai kecurian BTS, Isnin.

Beliau berkata mesyuarat itu membincangkan cara dan kaedah untuk mengurangkan perbuatan mencuri BTS yang semakin berleluasa terutama dibahagian utara dan selatan negeri ini.

Sambil menjelaskan bahawa perbuatan mencuri BTS berlaku di seluruh negara, beliau berkata di Sarawak sahaja, terdapat 304 laporan polis  mengenainya dan MPOB telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada sebuah kilang dan 11 peniaga BTS kerana membeli BTS daripada sumber tidak berlesen.

"Mereka diberi tempoh dua minggu untuk menjawab surat tunjuk sebab itu dan sekiranya gagal berbuat demikian, MPOB akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap mereka, termasuk membatalkan lesen mereka," katanya. 

Sambil menyangkal dakwaan bahawa MPOB menindas pekebun kecil, Uggah berkata sebaliknya kerajaan membelanjakan RM50 juta dalam bentuk pemberian subsidi kepada pekebun kecil, yang menunjukkan kesungguhannya membantu mereka.

Sejajar dengan itu, beliau menasihati pekebun kecil mendapatkan lesen untuk mengumpul dan menjual BTS.

Uggah juga berkata MPOB tidak pernah memberi arahan kepada kilang sawit supaya membeli BTS daripada pekebun atau kampung tertentu sahaja.

Baru-baru ini, aktivis hak tanah Nicholas Mujah mendakwa MPOB menyebelahi "syarikat besar“ dan menindas pekebun kecil, yang mengadu mereka menjadi mangsa apabila MPOB mengarahkan kilang agar tidak menerima BTS daripada estet yang dipertikai.

Nicholas mendakwa beliau akan terus membawa isu itu kepada perhatian antarabangsa termasuk Rundingan Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Lestari. 

Tags / Kata Kunci: MPOB , BTS , Kelapa sawit , birokrasi

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan