MH17: Mohd Sadiq Tahan Sebak Usung Keranda Bapa Saudara Pupu

Diterbitkan: Ahad, 24 Ogos 2014 12:27 PM

Anggota tentera termasuk Mohd Sadiq mengusung keranda jenazah Mohd Ghafar sebaik tiba di KLIA, Ahad.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Lans Koperal Mohd Sadiq Zakariah mengagahkan diri menahan sebak mengusung jenazah bapa saudara pupunya, penyelia penerbangan kabin Mohd Ghafar Abu Bakar kerana tidak mahu 'mencacatkan' perjalanan istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17.

Mohd Sadiq berulang kali mengingatkan diri bahawa kegagalan menahan diri akan menghilangan kepercayaan kepadanya, memandangkan beliau sendiri membuat permohonan supaya dibenarkan untuk mengusung Mohd Ghafar.

"Sejak diberitahu bahawa pak cik salah seorang yang meninggal, saya memasang niat untuk mengusung jenazahnya.

"Bagaimana saya boleh biarkan orang lain mengusung, sedangkan peluang ada di hadapan saya untuk berbuat demikian," katanya kepada Bernama semasa ditemui selepas istiadat itu di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, Ahad.

Anggota tentera daripada Unit Istiadat 1 Regimen Askar Melayu Diraja itu berkata ia juga merupakan jasa terakhir yang boleh disumbangkan kepada keluarga arwah, meskipun beliau tidak begitu rapat dengan Mohd Ghafar.

Tambahnya Mohd Ghafar bersaudara dengan ibunya Bariyah Othman, dan pernah bersekolah agama dengan bapanya Zakariah Abd Rahim dan juga rakan sekolah bapa saudaranya Khabir Othman.

"Begitu banyak hubungan kami. Jadi saya harap biarkan saya mewakili keluarga menjalankan sebahagian tanggungjawab menguruskan arwah," katanya.

Beliau menambah sejak semalam telah memikirkan bagaimanakah perasaannya apabila mengusung jenazah Mohd Ghafar, sedangkan beliau sendiri berasa sedih apabila mengusung jenazah yang tidak dikenalinya.

Pada Hari Perkabungan Negara Jumaat lepas, Mohd Sadiq bertugas mengusung keranda Foo Ming Lee.

Mohd Ghafar antara seorang daripada jenazah mangsa tragedi MH17 yang dibawa pulang dari Amsterdam pagi ini, dan diberikan istiadat penghormatan tentera sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Indah, dekat sini.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine. 


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan