Kerajaan Terima Dengan Terbuka Teguran Dr Mahathir - Muhyiddin

Diterbitkan: Ahad, 24 Ogos 2014 7:16 PM

Muhyiddin berucap pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Permatang Pauh di Permatang Pauh, Ahad. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PERMATANG PAUH: Kerajaan menerima dengan terbuka semua teguran dan isu yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, apa sahaja yang disebut oleh bekas perdana menteri itu dilihat sebagai satu teguran dan nasihat untuk memperbaiki kesilapan dan menjadi lebih baik.

"Kita terima ini adalah nasihat daripada bekas pemimpin kita yang amat kita hormati, dan oleh itu apa sahaja yang disebut oleh beliau itu kita berikan perhatian dan kita ucapkan terima kasih di atas teguran-teguran yang telah pun beliau buat terhadap pentadbiran (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) dan juga isu-isu yang telah dibangkitkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Permatang Pauh di sini, Ahad.

Dr Mahathir menerusi blognya www.chedet.cc berkata beliau terpaksa menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Najib kerana melihat dasar dan tindakan beliau tidak berkesan.

Dr Mahathir berkata berdasarkan situasi semasa dalam negara, kepimpinan Najib perlu diperbaiki, justeru itu beliau terpaksa mengambil pendekatan menarik balik sokongannya supaya Najib mempelajari sesuatu.

Muhyiddin berkata, sebahagian besar daripada apa yang berlaku dalam kerajaan adalah hasil daripada perbincangan bersama sebelum ia diputuskan oleh perdana menteri atau kerajaan.

"Sebagai timbalan perdana menteri, saya dapati Datuk Seri Najib mengamalkan sikap terbuka, bersedia terima komen dan pandangan-pandangan," katanya sambil menyatakan turut terkesan dengan kritikan Dr Mahathir kerana dasar-dasar kerajaan digubal secara bersama.

Sambil memberi contoh penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang memberi implikasi besar dalam soal keselamatan, Muhyiddin berkata, terdapat teguran Dr Mahathir yang memerlukan kerajaan menilai semula langkah-langkah yang diambil dan memperbaiki keadaan. 

"Proses penambahbaikan sedang berjalan, baik daripada soal pelan ekonomi, transformasi, hal berkaitan kaum dan sokongan masyarakat kepada kerajaan, semuanya kita nilai bukan sahaja oleh kerajaan tetapi juga oleh parti.

"Saya sebagai timbalan presiden Umno mengambil perhatian tentang perkara itu...jadi kita harap Tun akan terus bersama-sama dengan kita memberikan pandangan yang membina," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap perdana menteri diberi ruang dan peluang untuk terus menerajui negara kerana cabaran yang dihadapi kini adalah lebih besar dan perlu ditangani bersama.

"Keadaan pada masa ini telah banyak berubah dan kerajaan perlu lebih prihatin dengan pandangan masyarakat yang kini lebih terdedah kepada media sosial dan berasa bebas untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka...oleh itu sokongan setiap pemimpin terdahulu adalah amat dihargai," katanya.

Muhyiddin percaya Dr Mahathir terlalu sayangkan Umno dan Barisan Nasional dan mahu parti terus unggul dan mempertahankan kedudukan kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

Ditanya sama ada terdapat pihak yang mengambil kesempatan daripada teguran Dr Mahathir untuk melaga-lagakan kepimpinan kerajaan, Timbalan Perdana Menteri berkata: "Pastinya bila dah ada teguran Tun semua orang pandang serius...jadi pastinya ada reaksi tapi harapan kita supaya ia tidak akan menjadi satu perkara yang boleh memecahbelahkan".

Beliau berkata, teguran yang dibuat oleh Dr Mahathir itu mungkin memberi hikmah yang boleh mengukuhkan parti supaya Umno terus kukuh dan dihormati.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan