Prinsip Dasar Luar Malaysia Sokong Apa Yang Betul - Najib

Diterbitkan: Ahad, 24 Ogos 2014 1:54 PM

Najib Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dasar luar Malaysia adalah berdasarkan prinsip iaitu menyokong apa yang betul dan menolak apa yang tidak betul.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, berdasarkan prinsip itu, Malaysia dengan itu tidak terbeban untuk memilih antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

"Ia bukan semudah memilih kelab bola sepak, misalnya Manchester United...ini berseloroh sahaja. Kita tidak boleh memutuskan atau membuat pilihan dengan melihat kepada kekuatan kedua-dua negara ini," katanya.

Najib berkata demikian semasa ditanya negara mana patut dipilih Malaysia antara AS dan China pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia 2014, anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire (UKEC), di sini Ahad.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata Amerika Syarikat mempunyai kekuatan seperti pasaran luas, teknologi, inovasi, beberapa institusi pendidikan terbaik di dunia dan juga sebagai kuasa besar dan "hyper power".

Najib berkata, China juga merupakan sebahagian penting di Asia dan negara itu merupakan rakan perdagangan terbesar negara dengan perdagangan dua hala berjumlah US$100 bilion, dengan Malaysia menyasarkan untuk mencapai US$160 bilion dalam lima tahun akan datang.

"Jadi, kenapa kita perlu berdepan Amerika Syarikat, pada masa yang sama kita ada China?," katanya dan menurutnya Malaysia mempunyai dasar luar yang amat bebas.

Katanya, jika Malaysia sebagai contohnya bergantung kepada Amerika Syarikat, negara tidak akan dapat berurusan dengan (Alexander) Borodai (pemimpin puak pemisah) bagi mengeluarkan jenazah mangsa pesawat Malaysia Airlines MH17 dari tapak nahas di timur Ukraine.

"Jika kita bergantung kepada AS, saya tidak akan melawat Gaza, misalnya. Saya telah bertemu pemimpin Hamas. Inilah apa yang saya maksudkan sebagai dasar luar berprinsip dan pada masa yang sama adalah pragmatik," katanya.

Perdana Menteri berkata dasar luar seumpama itu akan membuahkan lebih banyak faedah dan hasil positif.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib mengimbas semula waktu beliau belajar di luar negara dan menjadi 'duta' Malaysia bagi menjawab soalan tentang negara, budaya dan rakyatnya.

Katanya, daripada situ beliau belajar secara mendalam berhubung perbezaan kebudayaan, perspektif dan cara dalam melakukan sesuatu.

"Dan saya cuba membawa balik pengetahuan itu ke tanah air dan menggunakan apa yang telah saya pelajari itu dalam kehidupan saya sendiri dan kerjaya saya dan saya harap anda akan lakukan perkara sama kerana pengetahuan dan pengalaman yang anda bawa balik akan membantu mencorakkan Malaysia pada masa depan," katanya.

Tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April tahun depan, Najib berkata beliau sedar terdapat pihak tidak bersetuju dengan dasar itu dan itu merupakan perkara biasa.

"Sejak Program Transformasi Ekonomi bermula, ekonomi kita terus bertambah kukuh. Pendapatan isi rumah 24 peratus lebih tinggi daripada pada 2009. 

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan