Merdeka Disambut Sederhana - MB Perlis

Diterbitkan: Ahad, 24 Ogos 2014 3:04 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 tahun ini disambut secara sederhana di Perlis bagi menghormati mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dan MH370, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Azlan berkata perarakan membabitkan jabatan dan agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan politik dan pasukan keselamatan akan diadakan.

"Perarakan kali ini membabitkan berpuluh kontinjen. Seperti tahun sebelum ini, perarakan akan bermula dan berakhir di Dataran Merdeka," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Sebaliknya beliau berkata acara hiburan dikurangkan berikutan tragedi itu.

Menurutnya kempen mengibar Jalur Gemilang bermula 15 Ogos lepas dan bendera diedarkan kepada orang ramai pada program tertentu serta di pasar malam dan pasar hari.

"Semua jabatan dan agensi kerajaan, swasta, premis perniagaan dan orang ramai diminta mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing untuk mempamerkan semangat patriotik dan agar kehangatan sambutan tahun ini dapat dirasai," kata Azlan.


Tags / Kata Kunci: Merdeka , Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan