Rakyat Malaysia Berbangga Dengan Anugerah Nobel Keamanan

Diterbitkan: Ahad, 24 Ogos 2014 9:39 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Apa yang Mohd Nasarudin Mohd Yusof mahu lakukan selepas berpindah ke The Hague, Belanda, dan menyertai Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) tiga tahun lalu, adalah untuk menjadikan Malaysia berbangga dengan perkhidmatannya di sana.

Anggota Angkatan Tentera Malaysia berusia 52 tahun dan telah bersara ini tidak pernah bermimpi mendapat peluang untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan anugerah Nobel Keamanan 2013 yang diterimanya untuk kerja-kerjanya di organisasi antara kerajaan yang memastikan negara anggota mematuhi Konvensyen Senjata Kimia, yang melarang penggunaan senjata kimia dan melakukan kebinasaan.

"Apabila anda bekerja di luar negara, tidak kira betapa kecil tugas anda, anda sebenarnya membawa bendera negara," kata Nasarudin.

Beliau berharap kemenangan pasukannya akan merangsang anak muda Malaysia untuk mencapai impian negara untuk memenangi Hadiah Nobel dalam kemajuan budaya dan/atau saintifik.

"Saya tidak memenangi hadiah Nobel untuk pencapaian individu. Saya menerimanya bersama organisasi, untuk kerja-kerja keseluruhan pasukan," kata pakar munisi dan senjata kimia ini.

Hadiah Nobel Keamanan kepada OPCW termasuklah pingat, diploma dan hadiah wang tunai kira-kira 900,000 euro (RM3.77 juta).

Nasarudin berkata pada mulanya agak sukar untuk beliau membuat keputusan berpindah ke Belanda.

"Peluang seperti ini hanya datang sekali dalam seumur hidup, jadi saya memutuskan untuk tidak melepaskannya," kata Leftenan-Kolonel bersara ini.



Masyarakat pelbagai budaya di Malaysia memudahkan Nasarudin membiasakan diri dengan budaya yang berbeza dari Belanda.

Katanya beliau juga mendapat bantuan daripada rakyat Malaysia daripada semua latar belakang di The Hague, termasuk rakan sekerjanya dari Malaysia yang memegang taraf Penduduk Tetap di Britain.

"Dia sudah tidak memegang kerakyatan Malaysia, tetapi saya rasa apa yang dikatakan ada kebenaran. Rakyat Malaysia tetap rakyat Malaysia."

Pengalaman beliau di luar negara juga telah membuatkan dirinya lebih menghargai Malaysia, katanya.

Kepada mereka sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan Malaysia untuk melanjutkan pengajian atau bertugas, Nasarudin menasihatkan mereka supaya meneruskan hasrat tersebut.

"Ia tidak akan merugikan anda sebagai rakyat Malaysia. Peluang yang baik hanya datang sekali seumur hidup, jadi jangan sia-siakan peluang. Pengalaman kerja itu akan menjadi sesuatu yang berharga dalam hidup."

Nasarudin berkata sambutan Merdeka tahun ini akan menjadi pilu bagi masyarakat Malaysia di Belanda kerana semangat rakyat Malaysia di sana telah berkembang lebih kukuh selepas tragedi MH17 itu.

Beliau berharap semua rakyat Malaysia boleh belajar daripada tragedi ini dan kekal bersatu.

Nasarudin akan terus mencuba dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang boleh dibanggakan.

"Saya tidak boleh kembali lagi kerana tidak ada kerja di Malaysia untuk bidang pengkhususan saya. 

"Saya boleh memberi sumbangan yang lebih jika saya tinggal di The Hague walaupun saya benar-benar rindukan suasana Malaysia," katanya berjenaka.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan