Guan Eng Sahut Cabaran Mandian Ais ALS

Diterbitkan: Ahad, 24 Ogos 2014 8:01 PM

Lim disambahi sebaldi air berisi ais oleh isterinya, Betty Chew bagi menyahut cabaran mandian ais ALS. Foto youtube oleh RisingOneChannel

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Lebih 100 orang menyaksikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyahut cabaran mandian ais dalam satu majlis di Lebuh Pantai di sini.

Lim tersenyum apabila disimbahi sebaldi air sejuk berisi ais oleh isterinya, Betty Chew.

Mendapat sokongan orang ramai, Chew dilihat begitu gembira apabila suaminya menyahut cabaran mandian ais.

Cabaran itu sudah pun meraih sumbangan lebih AS$62.5 juta (RM187.5 juta) di Amerika Syarikat (AS) sahaja untuk Persatuan Amyotropic Lateral Sclerolis (ALS) .

"Ia sejuk. Saya fikir isteri saya adalah orang yang paling gembira pagi ini," kata Lim.

K.K. Wong, penyampai radio sebuah stesen berbahasa Cina 988 pada minggu lepas mencalonkan Lim untuk cabaran mandian ais.

Wong menghadiri majlis Lim menyahut cabaran mandian ais.

Cabaran itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai ALS dan menggalakkan sumbangan kepada Persatuan ALS bagi memperuntukkan dana untuk penyelidikan.

ALS adalah sejenis penyakit yang mengganggu urat saraf dalam otak dan saraf tunjang. Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh yang boleh mengakibatkan kematian.

Minggu lalu, Lim menyumbangkan AS$100 (RM317.37) kepada Persatuan ALS, dan mencalonkan Ketua Pengarang China Press, Teoh Yang Khoon dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz untuk cabaran itu.

Kedua-dua menyahut cabaran berkenaan.


Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , cabaran mandian ais , ALS

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan