Anak Bongsu Allahyarham Mohd Ghafar Pitam Ketika Ayahnya Dikebumikan

Diterbitkan: Ahad, 24 Ogos 2014 4:23 PM

Ahli keluarga kepada penyelia penerbangan kabin pesawat MH17, Allahyarham Mohd Ghafar Abu Bakar termasuk Afi Hazim (empat dari kiri) menabur bunga ke atas pusara Allahyarham selepas dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Ampang Satu, Taman Kosas di sini,Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suasana sungguh pilu apabila anak bongsu penyelia penerbangan kabin Malaysia Airlines (MAS) Mohd Ghafar Abu Bakar, pitam ketika jenazah ayahnya dikebumikan pada Ahad.

Afi Hazim, 14, yang juga orang kurang upaya (OKU) terpaksa dipapah keluar oleh anggota keluarganya ke ambulans yang disediakan bagi menstabilkan keadaannya.



Jenazah Allahyarham Mohd Ghafar,54, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Ampang Satu, Taman Kosas di sini. Allahyarham meninggalkan seorang isteri Normi Abdullah, 54, dan tiga anak - Sa'imah Baizura, 29, Ammar Syarif dan Afi Hazim.

Sementara itu, rakan dan juga jiran Allahyarham, Mohamed Subri Mat Zin, 50, berkata, rakannya itu sering menyatakan hasrat untuk berhenti dan mencari pekerjaan lain.

"Arwah selalu menyatakan bahawa dia nak berhenti kerja dan mahu mencari pekerjaan lain sebab mahu menumpukan perhatian kepada keluarga dan mendalami ilmu agama," katanya kepada Bernama.

Seorang lagi rakan Allahyarham, Ferri Anugerah Makmur, 52, berkata Allahyarham semasa hayatnya cukup mementingkan agama dalam segala hal dan disifatkan seorang yang layak dijadikan contoh kepada masyarakat.

"Arwah Ghafar merupakan lambang kedamaian dunia kerana sepanjang hayatnya, beliau merupakan seorang ayah, suami, sahabat, anak dan rakyat Malaysia yang baik budinya dan luhur hatinya.

"Beliau cukup taat dengan agama Islam dan dirinya sentiasa berada dalam keadaan wuduk (air sembahyang)," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengebumian jenazah Allahyarham Mohd Ghafar selesai.

Rakan sekerja Allahyarham, Syed Hamzah Syed Hussein, 50, pula melahirkan rasa terkilan kerana pernah menolak pelwaan Allahyarham untuk menunaikan solat terawih bersama-sama.

"Pada 16 Julai lalu, semasa kami di Kuala Lumpur sebelum masing-masing berlepas ke London dan Amsterdam, Allahyarham ada mengajak saya untuk menunaikan solat terawih bersama.

"Namun saya menolak kerana takut (terlepas penerbangan) dan saya rasa sungguh sedih kerana tidak menunaikan hasratnya itu," katanya.

Kata Syed Hamzah, Allahyarham sempat mengirimkan WhatsApp ucapan 'Selamat Hari Raya' dengan gambar songkok.

Antara yang hadir pada upacara pengebumian Allahyarham ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Lebih 1,000 orang termasuk anggota keluarga dan kakitangan MAS hadir memberikan penghormatan terakhir dan menyiram air ke pusara Allahyarham.

Pengebumian selesai pada 12.10 tengah hari dan talkin dibacakan oleh Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam, Mohd Hata Ahmad.

Penerbangan komersial MH19 yang membawa kumpulan kedua terdiri tiga jenazah mangsa nahas MH17 termasuk Mohd Ghafar dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.45 pagi ini.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine. 

Tags / Kata Kunci: Mohd Ghafar Abu Bakar , Afi Hazim , MH17

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan