PRK Pengkalan Kubor: AMK Intai Peluang

Diterbitkan: Ahad, 24 Ogos 2014 10:22 PM

Nik Nazmi Nik Ahmad.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Angkatan Muda Keadilan (AMK) mula mengintai peluang untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada pilihan raya kecil kawasan itu nanti.

Ketua AMK yang baharu, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mempertimbangkan permintaan sayap itu untuk memikul tanggungjawab sebagai calon.

"Wujud permintaan supaya AMK diberi tanggungjawab bertanding di sana. Kita sedia memikul peranan itu," katanya pada sidang media selepas berakhirnya Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Ahad.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar daripada Barisan Nasional (BN) meninggal dunia akibat kanser pada 20 Ogos lalu.

Noor Zahidi yang juga Ketua Umno Bahagian tumpat mempertahankan kerusi DUN Pangkalan Kubor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu dengan majoriti 1,736 undi.

Beliau yang memperoleh 10,174 undi menewaskan dua lagi lawannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saharun Ibrahim yang mendapat 8,438 undi serta seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi.

Mengulas mengenai permintaan PAS supaya PKR mengembalikan kerusi DUN Pengkalan Kubor kepada rakan sekutu mereka itu, Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia bagaimanapun berharap agar perebutan itu diselesaikan dengan cara yang baik.

"Cantik kalau PKR bertanding di situ kerana empat lagi DUN dan kerusi Parlimennya diwakili wakil rakyat PAS," katanya.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor berada dalam kawasan Parlimen Tumpat yang diwakili Datuk Kamaruddin Jaafar daripada PAS.

Empat lagi DUN yang kini diwakili wakil rakyat PAS ialah, Kelabora, Pasir Pekan, Wakaf Baru dan Kijang.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan