Abu Mendiang Pensyarah UMS Disimpan Sementara Tunggu Jenazah Anak Dibawa Pulang

Diterbitkan: Ahad, 24 Ogos 2014 1:51 PM

Suami kepada mendiang Ng Shi Ing, Lee Vee Weng membawa abu mayat isterinya ke Xiao En Bereavement Care Sdn Bhd untuk disimpan. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Abu mendiang pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ng Shi Ing, mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dibawa pulang ke tanah air pada Ahad, disimpan di Pusat Xiao En Bereavement di Cheras.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Pemasaran Pusat Xiao En, Sally Tan berkata, abu mendiang Ng akan disimpan bersama-sama abu adik perempuannya Elisabeth Ng Lyeti yang tiba pada Jumaat lepas, sehingga jenazah anak Ng iaitu Benjamin Lee Jian Han yang berumur satu tahun dibawa pulang ke tanah air.

"Keluarga mangsa memaklumkan kepada pihak kami bahawa ketiga-tiga (abu atau mayat itu) kelak berkemungkinan akan dihantar pulang ke Muar, Johor selepas upacara keagamaan yang dijalankan di sini," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Terdahulu kendi yang berisi abu mendiang Ng tiba di pusat berkenaan pukul 9.41 pagi, dan dibawa sendiri oleh suaminya Lt Komander Lee Vee Weng, pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertugas di Kota Kinabalu.

Kendi abu mendiang Ng yang dibaluti bendera Malaysia itu kemudiannya diiringi dua orang sami Buddha sambil dibacakan mantera mengikut adat dan kepercayaan agama itu.

Kira-kira 10 orang anggota keluarga dan sahabat handai hadir, manakala 50 kakitangan pusat berkenaan dan sukarelawan Young Buddist Association (YBAM)
turut memberi penghormatan dengan berbaris di sepanjang laluan menghala ke tempat penyimpanan abu.

Ng yang merupakan pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan Jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), UMS menghadiri persidangan di University of Antwerp, Belgium untuk membentangkan kertas kerja sebelum dijadualkan pulang bersama-sama adik dan anaknya dengan menaiki pesawat malang itu.

Jumaat lepas, kumpulan pertama 20 jenazah mangsa MH17 iaitu 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas. 

Pada hari ini, kumpulan kedua melibatkan tiga mangsa tragedi dengan dua daripadanya termasuk mendiang Ng diberi penghormatan dalam istiadat ringkas namun penuh penghormatan.

Satu jenazah yang dibawa balik hari ini tidak mengikuti istiadat penghormatan hari ini atas permintaan keluarga yang mahukan privasi.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine. 

Tags / Kata Kunci: abu mayat , Ng Shi Ing , MH17

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan