Tiada Guna Miliki RM3 Bilion Jika Kebajikan Rakyat Terabai - Wan Azizah

Diterbitkan: Sabtu, 23 Ogos 2014 2:25 PM

Dr Wan Azizah Wan Ismail.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tiada gunanya kerajaan Selangor mempunyai rizab bernilai RM3 bilion sekiranya kebajikan rakyat diabaikan, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata isu seperti jalan, longkang tersumbat, kebersihan dan kes denggi merupakan hak asasi manusia.

"Selangor mencatatkan kadar tertinggi wabak denggi di negara ini.

"Kadar wabak denggi di negeri ini meningkat sebanyak 338% dengan 29,972 kes," katanya kepada perwakilan yang menghadiri konvensyen PKR di sini, Sabtu.

Menurut Kementerian Kesihatan, kes demam denggi di Selangor meningkat sebanyak 338% dengan 29,972 kes direkodkan antara Januari dan 27 Julai lalu jika dibandingkan dengan hanya 6,842 kes pada tempoh yang sama tahun lalu.

"Mengapa tidak mengambil inisiatif supaya Selangor bebas daripada wabak denggi," kata Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang.

Pakatan Rakyat bersetuju untuk mencalonkan Wan Azizah untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Wan Azizah berkata, Selangor seharusnya menjadi negeri contoh kepada Pakatan Rakyat.

Dibawah pimpinan Khalid, Selangor memperoleh rizab melebihi RM3 bilion.

Khalid yang dipecat daripada PKR baru-baru ini dikritik kerana kedekut dalam mengeluarkan perbelanjaan untuk negeri itu.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan