Solidariti Rakyat Malaysia Berkabung Sangat Luar Biasa - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Sabtu, 23 Ogos 2014 3:24 PM

Ahmad Shabery Cheek
(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Solidariti seluruh rakyat negara ini yang sama-sama bertafakur selama seminit sebagai menghormati mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada Jumaat disifatkan sebagai 'sangat mengagumkan dan sungguh luar biasa'.
 
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata semangat itu membuktikan rakyat negara ini tetap bersatu dalam kehibaan pada Hari Perkabungan Negara itu.

"Saya menerima beratus-ratus gambar yang dirakamkan ketika kita bertafakur selama seminit itu di seluruh negara. Ia merupakan manifestasi kepada kesedaran rakyat Malaysia untuk menunjukkan simpati dan sokongan kita kepada keluarga mangsa.

"Tiada ayat atau perkataan yang dapat saya gambarkan betapa besarnya hati kita atas sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia. Ia amat berjaya sekali dan ia begitu mengagumkan dan sungguh luar biasa sekali," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kota Baru di sini, Sabtu.

Ahmad Shabery juga melahirkan rasa puas hatinya dengan laporan media tempatan berhubung istiadat menghormati jenazah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Jumaat yang disifatkannya sebagai liputan yang begitu menyeluruh.

"Saya puas hati dengan laporan media dan kerjasama media terutama ketika menguar-uarkan waktu berkabung dan menguar-uarkan tentang waktu bertafakur. Itu adalah waktu perkara yang memerlukan kerjasama semua dan penglibatan menyeluruh.

"Akhirnya dengan kerjasama semua media dan semua pihak ia boleh dilaksanakan begitu jaya sekali," katanya.

Kelihatan beberapa kakitangan awam menitiskan air mata semasa bertafakur selama seminit bagi menghormati jenazah mangsa tragedi MH17 di perkarangan Wisma Sri Pahang, di Kuantan pada Jumaat.


Ahmad Shabery dalam pada itu mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk memberi peringatan kepada dua buah stesen radio tempatan yang dilihat tidak sensitif terhadap istiadat itu.

Katanya dua stesen radio itu akan juga diminta memberikan sebab kenapa tidak bersama-sama rakyat dan kerajaan dalam suasana hiba itu.

"Stesen itu dianggap berdegil dan masih memainkan lagu-lagu yang tidak sepatutnya dimainkan pada masa itu. Kita minta seminit sahaja tetapi seminit itu dianggap tidak boleh dilakukan. Jadi ini juga kita perlu tahu apakah puncanya," katanya.

Ketika diminta mengulas segelintir golongan tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan berita tidak tepat dan mempertikaikan langkah kerajaan untuk bertafakur itu Ahmad Shabery berkata ia tidak menggambarkan keseluruhannya.

Beliau juga meminta media agar menghormati privasi keluarga mangsa nahas pesawat itu kerana khuatir berita itu akan dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab. 

Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas. 

Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal telah ditembak jatuh namun, sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Sebanyak 43 orang termasuk penumpang dan anak kapal merupakan warga Malaysia dan daripada jumlah itu, 20 mayat telah dibawa pulang ke tanah air untuk disemadikan.
Tags / Kata Kunci: tafakur , MH17 , MAS , Ahmad Shabery Cheek

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan