PRK Pengkalan Kubor: Pastikan Tiada Sabotaj Dalaman - Bekas Calon PKR

Diterbitkan: Sabtu, 23 Ogos 2014 3:12 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu memastikan tiada unsur sabotaj dalam kalangan sekutu Pakatan Rakyat jika mahu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Perwakilan Kelantan, Saharun Ibrahim berkata, berdasarkan pengalaman pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, kekalahan PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor berpunca daripada sabotaj dalaman.

Tanpa menyebut secara khusus, Saharun yang juga bekas calon PKR DUN Pengkalan Kubor pada PRU lalu berkata, parti itu disabotaj pada saat-saat akhir hingga menyebabkan mereka tewas dengan majoriti 1,736 undi di tangan Barisan Nasional (BN).

"Boleh saya katakan bahawa kita kalah bukan kerana ada kesilapan teknikal tetapi kerana hubungan kita dengan parti sahabat. Apa yang kita rancang rupanya tidak berjalan dengan baik.

"Ibarat apabila kita pungut durian, saya simpan dalam bilik. Saya kira buah durian kita lebih banyak daripada buah durian pihak sana.

"Tetapi apabila tibanya PRU, kita mendapati durian sudah kurang.  Saya buka bilik dan saya lihat rupanya lantai bilik tempat durian disimpankan sudah dipecahkan oleh orang dikalangan kita sendiri," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden di sini, Sabtu.

Justeru Saharun berkata, PKR perlu mendapatkan sokongan daripada semua rakan sekutunya, termasuk PAS jika mahu menang di DUN Pengkalan Kubor.

"Usahalah dengan apa jua cara bagaimana kita boleh dapatkan kerjasama dan sokongan dari sahabat kita.

"Gunalah kebijaksanaan supaya kerjasama dapat dijalinkan, nescaya kejayaan akan diperoleh di DUN Pengkalan Kubor," katanya.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser pada Rabu lalu.

Noor Zahidi yang juga Ketua Umno Bahagian tumpat mempertahankan kerusi DUN Pangkalan Kubor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu dengan majoriti 1,736 undi.

Beliau yang memperoleh 10,174 undi menewaskan dua lagi lawannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saharun Ibrahim yang mendapat 8,438 undi serta seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi.

Tags / Kata Kunci: DUN Pengkalan Kubor , PKR , Pakatan Rakyat

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan