50,000 Hadiri Rumah Terbuka PM Di Pekan

Diterbitkan: Sabtu, 23 Ogos 2014 1:59 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Kira-kira 50,000 tetamu menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini, Sabtu.

Turut berangkat ke majlis itu Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pada sambutan pada tahun ini, sebanyak 149 gerai makanan dan minuman sekitar Pekan menyediakan pelbagai juadah raya termasuk makanan tempatan seperti nasi minyak, opor daging, puding raja, laksa Pahang, kuih-muih tradisional, nasi beriani, cendol dan ketupat palas.

Walaupun negara masih dalam suasana berkabung berikutan tragedi pesawat MH17, sambutan tetap dilaksanakan secara sederhana demi memenuhi hasrat rakyat di Parlimen Pekan untuk beraya bersama anggota parlimen mereka.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan kepada 120 orang bakal jemaah haji dari Pekan.

Najib kemudiannya merasmikan trak Siri Jelajah Selawat Perdana yang akan menjelajah ke seluruh negara.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan