MH17: Pramugari Pernah Terfikir Berhenti Kerja

Diterbitkan: Sabtu, 23 Ogos 2014 9:31 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Pramugari pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Lee Hui Pin pernah mempertimbangkan untuk meninggalkan pekerjaan yang disayanginya selepas misteri kehilangan pesawat MH370.

Bekas rakan sekerjanya, yang hanya ingin dikenali sebagai Akina, 45,  berkata, Lee pernah terfikir untuk berhenti daripada profesion yang dipilihnya sejak berusia 19 tahun.

Ketika ditemui di luar perkarangan rumah Lee di USJ 20, Akina menyifatkan Lee sebagai seorang ibu yang penyayang dan baik hati selain gemar memasak dan berkebun.

"Selepas insiden MH370, dia ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya memikirkan mahu berhenti kerja. Namun sebelum saya sempat bertanya kepadanya semula mengenai perkara itu, dia sudah berlepas ke Korea Selatan.

"Dia ada menghubungi saya pada 3 Julai lalu meminta saya untuk keluar bersarapan tetapi saya menolak kerana ada perkara lain yang perlu dilakukan.

"Saya tidak percaya ia adalah kali terakhir saya berbual dengannya," kata Akina.

Ketiga-tiga anak Lee memberi penghormatan terakhir kepada ibu mereka.

Abu mayat Lee yang dibawa balik dari Amsterdam antara yang diberi penghormatan terakhir sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pagi Jumaat.

Abu mayat tersebut akan disemadikan di Nilai Memorial Park, Negeri Sembilan pada Ahad manakala rakan dan keluarganya mengadakan upacara keagamaan dan penghormatan terakhir mengikut agama Buddha pada Jumaat.

Lee meninggalkan seorang duda dan tiga anaknya, Wong Rui Qi, 13, Hong Kai, 10, dan Shen Kai, 2.

Tags / Kata Kunci: Lee Hui Pin , MH17 , MAS , pramugari

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan