MH17: Pembangkang Tak Sensitif, Pertikai Istiadat Terima Jenazah

Diterbitkan: Sabtu, 23 Ogos 2014 4:57 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketika negara sedang bersedih sempena Hari Perkabungan Negara pada Jumaat, wakil rakyat pembangkang dilihat tidak sensitif apabila mempertikaikan istiadat menerima 20 jenazah mangsa insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.


Ahli Parlimen Lumut dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Imran Abdul Hamid berkata, kerajaan mengamalkan sikap 'dua darjat' apabila melakukan sambutan secara berlebihan.

Membandingkan insiden pencerobohan Lahad Datu, beliau berkata, anggota pertahanan yang terkorban kerana mempertahankan negara hanya menerima layanan ala kadar.

"Yang jadi mangsa warga tentera, tapi macam jadi hamba abdi cara menguruskannya (jenazah). Bukan kita kata tidak boleh (cara pengurusan mangsa MH17) tetapi kita lihat macam terlebih-lebih tindakan kerajaan meraikan mangsa MH17.

"Bukan kita tidak bersimpati, tapi kenapa sampai begitu sekali. Sedangkan pejuang-pejuang kita mati meninggal dunia di Lahad Datu, tidak ada sambutan sebegitu. Kita minta kerajaan memberi penjelasan mengenainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Politik pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Sabtu.

Malaysia mengisytiharkan Jumaat sebagai Hari Perkabungan Negara bagi menghormati ketibaan jenazah mangsa MH17.

Sehubungan itu, bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang dan semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan.


Tags / Kata Kunci: PKR , MH17 , Hari Perkabungan Negara

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan