Kongres PKR Berlangsung Tanpa Pemimpin Utama PAS

Diterbitkan: Sabtu, 23 Ogos 2014 10:45 AM

Hanya Khalid Samad mewakili PAS pada Kongres Nasional PKR ke-10 pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Majlis Perasmian Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke-10 yang bermula Sabtu berlangsung tanpa sokongan sekutu Pakatan Rakyat (PR) iaitu PAS.

Tanpa kelibat pemimpin utama parti itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meneruskan Ucapan Dasarnya kira-kira pukul 9.50 pagi.

Hanya Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dilihat berada di dewan perasmian kongres berkenaan.

Sementara itu, DAP diwakili Ketua Parlimennya, Lim Kit Siang.

Difahamkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menghadiri majlis perasmian Institut Latihan PAS (ILPAS) yang dirancang lebih awal.

Selain itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kini berada di Sarawak atas urusan rasmi parti.

Ketidakhadiran pimpinan utama PAS termasuk Hadi dilihat mempunyai kaitan dengan konflik dalaman PR antara PKR dan PAS berhubung kerusi menteri besar Selangor.

Krisis politik Selangor membabitkan kerusi panas menteri besar sudah berlarutan sejak 'Langkah Kajang' dimulakan pada Mac lalu yang merancang untuk menggantikan Khalid.

Lebih merumitkan keadaan apabila Khalid enggan meletak jawatan walaupun diarahkan PKR untuk tempatnya diambil alih oleh Dr Wan Azizah.

PKR terus berhadapan masalah apabila Hadi turut menyatakan sokongan terbuka supaya Khalid terus kekal sebagai menteri besar, sebelum membuat pusingan U dengan memihak kepada Presiden PKR itu, selain menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Tags / Kata Kunci: Kongres Nasional PKR , PAS , Pakatan Rakyat

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan